Muzik indie


SELAMAT PAGI GADIS (SPG) - Waktu Indah Dahulu




Muzik indie (perkataan indie dipetik daripada perkataan Inggeris independent (bebas)) merujuk kepada sebilangan jenis muzik, persada muzik, subbudaya dan sifat stilistik dan kebudayaan yang disifatkan daripada persepsi kebebasan daripada muzik pop komersial dan budaya aliran utama serta pendekatan membuat hasil karya sendiri (do-it-youself/DIY) secara bebas.

Definisi "indie"
Istilah "indie" sering digunakan untuk merujuk kepada sejenis bunyi yang disembahkan oleh seseorang pemuzik, tetapi jika ditafsirkan secara lebih literal, ini merupakan satu cara yang mana bunyi itu disembahkan atau dihasilkan. "Indie" lazimnya merujuk kepada seseorang artis atau kumpulan yang bukan sebahagian budaya aliran perdana (mainstream) dan/atau sebenarnya menghasilkan muzik di luar pengaruh aliran perdana. Meskipun muzik yang dihasilkan oleh artis-artis ini banyak berbeza, definasi "indie" tercetus daripada sifat "buat sendiri" (do-it-yourself/DIY) dan kemampuan untuk bekerja di luar naungan koperasi besar.

Indie bermaksud "bukan di bawah naungan label utama"
Salah satu erti perkataan "indie" yang paling ringkas dan lazim dipakai ialah bahawa pemuzik itu tidak terikat dengan mana-mana label rakaman yang utama (syarikat rakaman utama itu adalah seperti EMI, Universal Music, Sony BMG dan Warner Music).

Masalah dengan definasi ini ialah kekurangan korelasi antara kekomersialan atau kebebasan kreatif yang ditawar oleh label utama. Kebanyakan label bebas utama beroperasi mengikut prinsip niaga seperti label utama tersebut, dengan jabatan artis dan repertoire (A&R), bajet pemasaran dan kepentingan komersial yang membantu operasi perniagaan. Manakala, label utama sering mengekalkan artis berteraskan indie yang diberi kebebasan kreatif yang lebih besar dan menerima sanjungan para pengkritik.

petikan diambil dari wikipedia.
so ini bukan pengetahuan peribadi aku...
SPG lak??? aku suke sgt...

4 comments:

Anonymous said...

kalau kau nak tahu pasal perkembangan muzik indie ni, rasanya xpayah nak explain dlm blog ini. baik tgk wiki saja..apa tujuan kau setakat copy paste tapi tak ade substance pada entry.

Anonymous said...

"kalau kau nak tahu pasal perkembangan muzik indie ni, rasanya xpayah nak explain dlm blog ini. baik tgk wiki saja.."
Baik tgk wiki jer kan...
tp ko kn tau gak pnjlasan aku...
1. ada orang kisah ker menda 2 klu ada kat wiki... sekurang2nye aku ada buka sikit mata org ttg muzik indie n promot wiki... Sekurang2nye aku copy aku g tau sumber dari mana kan.

"apa tujuan kau setakat copy paste tapi tak ade substance pada entry."
1. sbb nk promot blog aku lg 1 yg nk citer pasal muzik indie....(walaupn blog tu masih hijau lagi)
2. blog ini di tubuhkan asalnya nak citer apa2 yang berkaitan dgn seni walaupun keseniannye bole dipertikaikan... Walaupun kengkadang menyimpang, tp post citer pasal muzik indie ini langsung x menyimpang....


p/s:
Ada betul x aku katakan????
harap pengkritik tgk balik la komen nie.... ;D
terasa gembira sgt kerana sedar ada yang mengambil perhatian terhadap blog ini...
Kalau ada apa2 yang nak dikongsikan pasal "muzik indie" hantarkan saja komen anda disini kerana penulis pun x la arif pun dalam hal muzik indie tetapi selagi mana perjalanan muzik indie itu tidak menyimpang ngan moral masyarakat kita aku menyokong n terima mereka sebagai pemuzik yg harus dihormati....

Fær.han/Unown F/Gyan said...

LOL ~ at least aku x yah type wikipedia>indie>bla3... ntuk carik info indie~ lol. Nak bagi lg cun, ltk ar link xpon gna imeem letak sample lagu.

Anonymous said...

Betol kan paan... Bukan sumer orang nk tahu... tu yang aku kena bg tau....

so kalau ada kekurangan kena la bagi tau.... nnt sume org 'baru tahu'.

Related Posts with Thumbnails